Assalamualaikum..
Masalah hati di kalangan manusia dewasa ini memang tak akan surut. Malah, bagi pendapat saya, semua insan di dunia ini ada mengalami masalah ini. Masalah hati yang saya maksudkan bukanlah permasalahan kesihatan, akan tetapi ia dimaksudkan dengan masalah-masalah seperti dendam, marah, sakit hati dan sebagainya.
SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada
seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh
anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, untuk mengubati "penyakit hati" ini, kita perlu membiasakan diri dengan berzikir. Sesungguhnya alunan zikir yang keluar dari mulut kita bak air yang mengalir ke kali.
Sekiranya mendapat masalah, carilah ALLAH. Kerana hanya dia yang memahami dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Berbaliklah kepada yang MENCIPTAKAN kita.
Zikir Penenang hati
Mohon share
ReplyDelete