Cinta Allah Cinta Abadi |
Cinta dapat
mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit
menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan
menjadi rahmat.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah
"qoute" yang biasa kita dengar.
Begitu hebatnya kuasa cinta…sungguh dahsyat!
Cinta adalah satu kata yang tidak asing lagi di telinga kita. Apatah lagi dalam
kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sering dihiasi
dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang dimabukkan asmara.
Ada yang mengatakan cinta itu suci,
cinta itu agung,
cinta itu indah dan keindahannya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya
mampu dirasai.
Bagaimana pula
CINTA ALLAH??
Kita boleh
memperoleh mahabbatullah (Cinta Allah) dengan bersikap zuhud terhadap dunia,
kerana Allah mencintai orang yang mentaati-Nya. Dengan zuhud terhadap dunia,
maka kita hanya mengisi ruang hati kita dengan cinta kita kepada Allah. Berbeza
dengan orang yang mencintai dunia, maka ruang hatinya akan diisi dengan
kecintaan tersebut sehingga tidak mampu menyatu kecintaan terhadap Allah.
Nabi S.A.W bersabda:
“Cinta dunia
adalag punca setiap dosa atau kesalahan”
Ketahuilah sebenarnya kita suka menunggu cinta itu datang pada kita terlebih dahulu.
Jom amalkan... semoga kita bisa menggapai cinta-Nya |
No comments:
Post a Comment