Sejarah menunjukkan bahawa kita bukan sahaja cenderung meniru sesama manusia, tetapi juga meniru haiwan.
Bukankah Qabil meniru bagaimana gagak menanam bangkai kawannya untuk menanam jenazah adiknya yang dibunuh?
Role model adalah figura atau tokoh yang dikagumi, disanjungi dan dijadikan ikutan dalam perkara-perkara yang baik dan mereka kaya dengan nilai-nilai yang positif.
Dalam surah al-fatihah ada menjelaskan bahawa role
model adalah orang yang diberikan nikmat, yakni para nabi, shahidin, syuhada
dan solihin. Kita hendaklah meniru perilaku, cara dan sistem hidup mereka dalam
kehidupan seharian. Inilah role model yang dijamin oleh Allah akan kebaikan,
keberkesanan dan kebenarannya.
Mereka juga mempunyai kecerdasan, keikhlasan, kegigihan dan lain-lain sifat mulia yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W dididik sendiri oleh Allah S.W.T untuk menjadi "qudwah hasanah" yang utama bagi umat Islam.
Tapi, saya lihat pada hari ini ramai remaja tidak mempunyai role model dalam hidup mereka. kalau ada pun, mungkin mereka di kalangan penyanyi, pelakon dan sebagainya yang dijadikan idola pujaan dan sanjungan. Mereka menyanjung mungkin kerana rupa paras, kekayaan, kepopularan dan faktor-faktor lain tidak semestinya positif untuk diikuti.
Jadi, sebagai umat Islam, kita mesti menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model dalam kehidupan kita.Role model terbaik adalah Rasulullah S.A W yang paling ideal dan tiada cacat celanya.
#Sekadar Perkongsian. Hasil pembacaan dari Solusi edisi ke-28. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Terima kasih.
20 Role Model by IniAnuarHadi
20 Role Model by IniAnuarHadi
No comments:
Post a Comment