Kesukaran merupakan salah satu daripada ujian yang diberi
oleh Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita sebagai muslim. Dalam
hal ini, kesabaran amat diperlukan supaya mendapat keberuntungan dan
kemenangan. Semua ini adalah Rahmat dan anugerah dari-Nya bagi hamba-Nya,
kerana ia sudah menjadi Sunnah-Nya bahawa kesukaran akan diiringi dengan
kemudahan.
Sabar itu Indah |
Allah S.W.T berfirman:
سيجعل الله بعد عسر يسرا (سورة الطلاق: 7)
“Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan”
فإن مع العسر يسرا أن مع العسر يسرا (سورة العصر:5-6)
“Kerana
sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan dan sesungguhnya sesudah
kesukaran itu ada kemudahan”
Berdasarkan dalil di atas, Allah S.W.T mengulangi ayat yang
sama iaitu untuk menunjukkan bahawa benarlah selepas kesukaran itu ada
kemudahan.
Kita tidak akan menempuhi kesusahan selagi mana kita redha
dengan apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T, iltizam dengan perintah dan
larangan-Nya, selalu memohon perlindungan dari-Nya dan yakin dengan sepenuh
hati bahawa Allah akan mengubah segala kesusahab yang dialami kepada kemudahan.
Ketahuilah, sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya).
#Kesulitan hidup ibarat kekeruhan#
No comments:
Post a Comment