Friday 31 May 2013

Istighfar Yang Paling Mulia

Istighfar : استغفر الله العظيم

UNIC: Penghulu Istighfar

Akan tetapi, istighfar yang paling besar pahalanya adalah istighfar yang dimulai dengan memuji Allah, kemudian mengakui segala dosa yang telah kita lakukan dan barulah memohon ampun kepada Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi S.A.W.



Kelebihan Penghulu Istighfar

Saiyyidul istighfar adalah penghulu segala iyang mana sekiranya di amalkan dan ikhlas, Allah pasti menerimanya..

Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya:

"Wahai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, ampunilah aku, kerana Allah memiliki waktu-waktu yang dlam waktu tersebut orang yang meminta tidak akan ditolak".





Orang Yang Bersyukur Akan Mendapat Pertolongan

Seorang Mukmin yang berhasil mendapat perlindungan, dorongan dan perhatian Allah adalah seorang hamba yang bersyukur dan menyedari dengan adanya anugerah Allah sehingga ia mengenali Allah (ma'rifatullah) dengan sebenar-benarnya.



Dan inilah yang mendorong dirinya mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, menjaga hukum-hukum dan hak-hak-Nya. Sentiasa mementingkan pahala dan kenikmatan akhirat serta memandang rendah dan menolak rayuan hawa nafsunya. Ia lebih memilih Allah dan menggunakan setiap nikmat yang diberi kepadanya dalam keredaan-Nya. Ia sentiasa bersandar kepada Allah agar dijaga dari kesalahan dan memperkaya kesyukuran supaya anugerah yang diperolah terus dapat kita rasakan.

Allah berfirman:

وما بكم من نعمة فمن الله
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu maka dari Allahlah (datangnya)" - Surah AnNahl: 53

Ma'rifatullah inilah yang akan mendekatkan diri kita dengan Tuhan (Allah), yang akan memancing kecintaan Allah kepada hamba-Nya, lalu mengabulkan setiap doanya, memberi setiap permintaan, menyelamatkan dari setiap penderitaan dalam hidup, dan menjaga dari segala sesuatu yang menakutkan kita.

Kerana itu Nabi bersabda:

"Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Allah akan mengenalimu ketika susah"

Amalan Tanpa Kenali Allah

Thursday 30 May 2013

Gapailah Cinta Allah

Cinta Allah Cinta Abadi

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
 
          Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.

Inilah "qoute" yang biasa kita dengar.  

Begitu hebatnya kuasa cinta…sungguh dahsyat!
 
       Cinta adalah satu kata yang tidak asing lagi di telinga kita. Apatah lagi dalam kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sering dihiasi dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang dimabukkan asmara. 

       Ada yang mengatakan cinta itu suci,
        cinta itu agung,
       cinta itu indah dan keindahannya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya mampu dirasai.

Bagaimana pula CINTA ALLAH??

Kita boleh memperoleh mahabbatullah (Cinta Allah) dengan bersikap zuhud terhadap dunia, kerana Allah mencintai orang yang mentaati-Nya. Dengan zuhud terhadap dunia, maka kita hanya mengisi ruang hati kita dengan cinta kita kepada Allah. Berbeza dengan orang yang mencintai dunia, maka ruang hatinya akan diisi dengan kecintaan tersebut sehingga tidak mampu menyatu kecintaan terhadap Allah.

Nabi S.A.W bersabda:
“Cinta dunia adalag punca setiap dosa atau kesalahan”

Ketahuilah sebenarnya kita suka menunggu cinta itu datang pada kita terlebih dahulu.

Jom amalkan... semoga kita bisa menggapai cinta-Nya

 

Setiap Kesukaran Pasti ada Kemudahan



       Kesukaran merupakan salah satu daripada ujian yang diberi oleh Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita sebagai muslim. Dalam hal ini, kesabaran amat diperlukan supaya mendapat keberuntungan dan kemenangan. Semua ini adalah Rahmat dan anugerah dari-Nya bagi hamba-Nya, kerana ia sudah menjadi Sunnah-Nya bahawa kesukaran akan diiringi dengan kemudahan.

Sabar itu Indah

Allah S.W.T berfirman:

سيجعل الله بعد عسر يسرا (سورة الطلاق: 7)
“Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan”

فإن مع العسر يسرا أن مع العسر يسرا (سورة العصر:5-6)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan dan sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan”

       Berdasarkan dalil di atas, Allah S.W.T mengulangi ayat yang sama iaitu untuk menunjukkan bahawa benarlah selepas kesukaran itu ada kemudahan.

      Kita tidak akan menempuhi kesusahan selagi mana kita redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T, iltizam dengan perintah dan larangan-Nya, selalu memohon perlindungan dari-Nya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah akan mengubah segala kesusahab yang dialami kepada kemudahan. Ketahuilah, sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).

#Kesulitan hidup ibarat kekeruhan#

Solat Adalah Cahaya



Solat adalah satu kewajipan dan salah satu daripada rukun Islam. Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah S.A.W bahawa solat merupakan cahaya yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar dan mencegahnya dari dosa dan maksiat. Allah S.W.T berfirman:

“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”. 
(Surah al-Ankabut: 45)



Cahaya yang dimaksudkan di sini adalah cahaya secara rohani, yang menerangi jalan hidayah dan kebenaran sebagaimana cahaya yang kita lihat menerangi jalan yang lurus. 

Jadi, sebagai seorang MUSLIM yang mengaku dan bersyahadah bahawa “tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah” wajib mendirikan solat kerana ia juga melahirkan kewibawaan dan kehebatan. Di akhirat kelak, solat akan menjelma sebagai cahaya di wajah orang yang benar-benar melakukannya.

Firman Allah dalam Surah at-Tahrim: 8,
“Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka”.


Zikir Pengubat Hati

Assalamualaikum..

Masalah hati di kalangan manusia dewasa ini memang tak akan surut. Malah, bagi pendapat saya, semua insan di dunia ini ada mengalami masalah ini. Masalah hati yang saya maksudkan bukanlah permasalahan kesihatan, akan tetapi ia dimaksudkan dengan masalah-masalah seperti dendam, marah, sakit hati dan sebagainya.

SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Jadi, untuk mengubati "penyakit hati" ini, kita perlu membiasakan diri dengan berzikir. Sesungguhnya alunan zikir yang keluar dari mulut kita bak air yang mengalir ke kali. 

Sekiranya mendapat masalah, carilah ALLAH. Kerana hanya dia yang memahami dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Berbaliklah kepada yang MENCIPTAKAN kita. 

 Zikir Penenang hati

Wednesday 22 May 2013

Rasulullah Role Model terbaik

     Sejarah menunjukkan bahawa kita bukan sahaja cenderung meniru sesama manusia, tetapi juga meniru haiwan.

     Bukankah Qabil meniru bagaimana gagak menanam bangkai kawannya untuk menanam jenazah adiknya yang dibunuh?

Role model adalah figura atau tokoh yang dikagumi, disanjungi dan dijadikan ikutan dalam perkara-perkara yang baik dan mereka kaya dengan nilai-nilai yang positif.

     Dalam surah al-fatihah ada menjelaskan bahawa role model adalah orang yang diberikan nikmat, yakni para nabi, shahidin, syuhada dan solihin. Kita hendaklah meniru perilaku, cara dan sistem hidup mereka dalam kehidupan seharian. Inilah role model yang dijamin oleh Allah akan kebaikan, keberkesanan dan kebenarannya.

     Mereka juga mempunyai kecerdasan, keikhlasan, kegigihan dan lain-lain sifat mulia yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W dididik sendiri oleh Allah S.W.T untuk menjadi "qudwah hasanah" yang utama bagi umat Islam.

Tapi, saya lihat pada hari ini ramai remaja tidak mempunyai role model dalam hidup mereka. kalau ada pun, mungkin mereka di kalangan penyanyi, pelakon dan sebagainya yang dijadikan idola pujaan dan sanjungan. Mereka menyanjung mungkin kerana rupa paras, kekayaan, kepopularan dan faktor-faktor lain tidak semestinya positif untuk diikuti.

     Jadi, sebagai umat Islam, kita mesti menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model dalam kehidupan kita.Role model terbaik adalah Rasulullah S.A W yang paling ideal dan tiada cacat celanya.

#Sekadar Perkongsian. Hasil pembacaan dari Solusi edisi ke-28. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Terima kasih.

20 Role Model by IniAnuarHadi