Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian.. Saya ada terbaca surat khabar online "Sinar  Harian" baru-baru ni. Tiba-tiba jari jemari ni tertarik nak klik dan  hati teringin nak baca berita pada ruangan edisi Kelantan. Saya terjumpa  dengan satu berita ni. Jom baca.. =(
Kanak-Kanak 4 Tahun Derita Kanser Mata. Ya, inilah "headline" nya.  Muhammad Azim Nor Hazri, 4, seorang kanak-kanak yang belum tahu dosa  pahala, sedang diuji oleh-Nya. Amat memilukan bila saya melihat gambar  terkininya yang sedang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Saya bukanlah nak menceritakan semula tentang berita ni. Tapi, saya nak  sentuh sikit pasal sesetengah pengomen yang komen di ruangan Sinar  Harian (boleh bukak link tadi dan baca kat bawah skali di ruangan  komen). Macam-macam komen ada.
Tujuan berita ini di war-warkan dalam surat khabar samada bercetak  ataupun 'online', radio, television atau dalam mana-mana media massa  adalah bagi mendapatkan sedikit sumbangan ikhlas dan doa dari rakyat  Malaysia khususnya. 
Ibnu Ajlan ra berkata: “Tidak menjadi sempurna sesuatu amalan itu melainkan dengan tiga perkara; Bertaqwa kepada Allah, Niat yang baik dan Ganjaran pahala.”
Tika mana sepasang rakyat Malaysia yang tinggal di Kelantan ditimpa  ujian dan sumbangan ikhlas amat diperlukan, ketika itu juga, macam-macam  komen yang ditinggalkan. Seakan-akan terikat dengan suasana politik!  Sungguh aneh! Pelik! Adakah mungkin gara-gara tarikh PRU-13 makin  hampir?? Wallahu a'lam.. 
Kita tidak perlu menunding jari ke mana-mana pihak samada pada kerajaan  pusat atau kerajaan negeri.. INGAT! Satu jari kita tunjuk orang lain,  empat jari lagi menunding ke arah kita!! Yang penting sekarang,  ikhlaskan diri dalam menderma dan membantu orang lain.
HENTIKAN sebentar fahamann politik demi membantu adik Azim yang amat memerlukan doa dan bantuan dari kalian. 
Jom sama-sama membantu adik Azim dari segi kewangan mahupun doa! =)
ANDA boleh hulurkan bantuan anda ke akaun Bank Islam Puan Nik  Zuraidah 03072020872564....
Lupakan seketika fahaman politik kita  yaaa...
~Jazakumullahu Khairan Kathira~
   | ||||||
| Adik Azim yang menghidap kanser mata.. :'( | 
 
No comments:
Post a Comment