Monday, 18 March 2013

Hikmah di Sebalik Ujian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
"Hanya kepada-Mu aku memohon segala sesuatu.."
 
Setiap manusia yang Allah ciptakan takkan pernah terlepas dari ujian, musibah dan masalah. Betul tak? Tipulah sekiranya ada dikalangan makhluk Allah yang mengaku bahawa dia tidak pernah ditimpa ujian. 
Ujian akan datang dan pergi..  Ujian itu kadang-kadang bersaiz kecil, kadang-kadang sederhana, dan kadang-kadang jugak ad yang bersaiz besar.. Ia bergantung pada tahap kekentalan hati dan kemampuan seseorang. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286:
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...
Secara realitinya, apabila kita disajikan dengan ujian kehidupan di dunia ini, masih ramai diantara kita yang melenting.. cepat berputus asa.. marah.. kecewa. Pada ketika ini, akan terserlah sifat-sifat mazmumah dalam diri seperti pemarah, sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah mengawal perasaaan dan haruslah menerima ujian ini secara positif dan dengan hati terbukan kerana PERCAYALAH, SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA!
Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat sekuliah dan sekelas saya tatkala saya diuji dengan satu ujian yang hampir memutuskan semangat. Dan ingin saya di sini agar kita sama-sama berfikir dan mengambil iktibar.
Kata sahabat saya:
{ UJIAN" diibaratkan seperti "MALAM".. Bila jarum jam berputar dari 9 ke 10, 10 ke 11, 11 ke 12..., "malam" akan menjadi semakin gelap, kelam, pekat.. Pada waktu itu, sukar untuk kita menemui insan yang sanggup bersama dalam kepekatan malam.. Bila jarum jam melepasi 1 pagi, "malam" itu akan menjadi semakin cerah, cerah, cerah dan cerah sehingga kita dapat melihat jalan keluarnya... DAN bila subuh menjelma, akan keluar SINARAN yang amat menenangkan dan menggembirakan sesiapa jua yang melihatnya.. KETAHUILAH, sinaran itu adalah KEJAYAAN... }
Kita boleh lihat perkaitan antara "ujian" dan jugak dengan "kejadian alam" yakni malam. Di situ, kita boleh membuat satu gambaran yang jelas. Subuh adalah sebagai tanda kesenangan dah dekat depan kita.. tapi kita tak tahu kesusahan yang kita alami sekarang berada di tahap mana, boleh jadi baru pukul 9 malam, boleh jadi dah berada pada waktu subuh.
 
Jadi, jangan pernah berputus asa apabila ujian menyinggah sebentar dalam kehidupan kita. Anggaplah ia sebagai  satu dorongan dalam hidup. Dan teruskanlah berdoa semoga di thabatkan hati kita pada agama Allah yakni Islam.
p/s: Carilah hikmah disebalik ujian seperti kita mencari kelibat payung tatkala hujan lebat.

Beruntunglah sesiapa yang mendapat ujian dari-Nya, kerana ini adalah tanda Allah menyayangi kita..

Sunday, 17 March 2013

Jangan Dipolitikkan Situasi Ini!

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian.. Saya ada terbaca surat khabar online "Sinar Harian" baru-baru ni. Tiba-tiba jari jemari ni tertarik nak klik dan hati teringin nak baca berita pada ruangan edisi Kelantan. Saya terjumpa dengan satu berita ni. Jom baca.. =(
Kanak-Kanak 4 Tahun Derita Kanser Mata. Ya, inilah "headline" nya. Muhammad Azim Nor Hazri, 4, seorang kanak-kanak yang belum tahu dosa pahala, sedang diuji oleh-Nya. Amat memilukan bila saya melihat gambar terkininya yang sedang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Saya bukanlah nak menceritakan semula tentang berita ni. Tapi, saya nak sentuh sikit pasal sesetengah pengomen yang komen di ruangan Sinar Harian (boleh bukak link tadi dan baca kat bawah skali di ruangan komen). Macam-macam komen ada.
Tujuan berita ini di war-warkan dalam surat khabar samada bercetak ataupun 'online', radio, television atau dalam mana-mana media massa adalah bagi mendapatkan sedikit sumbangan ikhlas dan doa dari rakyat Malaysia khususnya.
Ibnu Ajlan ra berkata: “Tidak menjadi sempurna sesuatu amalan itu melainkan dengan tiga perkara; Bertaqwa kepada Allah, Niat yang baik dan Ganjaran pahala.”
Tika mana sepasang rakyat Malaysia yang tinggal di Kelantan ditimpa ujian dan sumbangan ikhlas amat diperlukan, ketika itu juga, macam-macam komen yang ditinggalkan. Seakan-akan terikat dengan suasana politik! Sungguh aneh! Pelik! Adakah mungkin gara-gara tarikh PRU-13 makin hampir?? Wallahu a'lam..
Kita tidak perlu menunding jari ke mana-mana pihak samada pada kerajaan pusat atau kerajaan negeri.. INGAT! Satu jari kita tunjuk orang lain, empat jari lagi menunding ke arah kita!! Yang penting sekarang, ikhlaskan diri dalam menderma dan membantu orang lain.
HENTIKAN sebentar fahamann politik demi membantu adik Azim yang amat memerlukan doa dan bantuan dari kalian. 
Jom sama-sama membantu adik Azim dari segi kewangan mahupun doa! =)
ANDA boleh hulurkan bantuan anda ke akaun Bank Islam Puan Nik Zuraidah 03072020872564....
Lupakan seketika fahaman politik kita yaaa...
~Jazakumullahu Khairan Kathira~
 
Adik Azim yang menghidap kanser mata.. :'(

Friday, 15 March 2013

Hebatnya Iman Seekor Semut

Assalamualaikum... sekadar pekongsian bersama.. ~


 Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....

Kita tahu bahawa kita tidak akan wujud tanpa kehendakNya, tidak akan hidup melainkan dengan nyawa yang diberikan olehNya, tidak akan mendapat rezki (makan, minum dan sebagainya) sekiranya Dia tidak sediakan DAN kita tidak akan mendapat kebaikan kecuali dengan kehendakNya.

Oleh itu, kita WAJIB percaya bahawa Allah adalah tempat bergantung segala sesuatu dan Allah tidak akan bergantung atau berkehendak kepada sesiapa pun..