Thursday 30 May 2013

Solat Adalah Cahaya



Solat adalah satu kewajipan dan salah satu daripada rukun Islam. Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah S.A.W bahawa solat merupakan cahaya yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar dan mencegahnya dari dosa dan maksiat. Allah S.W.T berfirman:

“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”. 
(Surah al-Ankabut: 45)



Cahaya yang dimaksudkan di sini adalah cahaya secara rohani, yang menerangi jalan hidayah dan kebenaran sebagaimana cahaya yang kita lihat menerangi jalan yang lurus. 

Jadi, sebagai seorang MUSLIM yang mengaku dan bersyahadah bahawa “tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah” wajib mendirikan solat kerana ia juga melahirkan kewibawaan dan kehebatan. Di akhirat kelak, solat akan menjelma sebagai cahaya di wajah orang yang benar-benar melakukannya.

Firman Allah dalam Surah at-Tahrim: 8,
“Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka”.


No comments:

Post a Comment